Program Kejurulatihan Perkhemahan JPNIN Negeri Selangor - 19 - 21 Mac 2010
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah mengambil inisatif dengan menganjurkan Program Kejurulatihan Perkhemahan bagi Pegawai serta Jurulatih Utama Tabika Perpaduan dari 19 hingga 21 Mac 2010 di Amberstone, Hulu Selangor. Ianya turut disertai oleh Pegawai serta Jurulatih Utama dari semua Daerah Selangor. Program ini bertujuan melahirkan Jurulatih Perkhemahan di kalangan pegawai serta guru di JPNIN Negeri Selangor supaya tenaga mereka dapat digunakan sebagai fasilitator atau jurulatih bagi program-program perkhemahan yang bakal diadakan samada di peringat daerah ataupun negeri. Selain daripada itu, pihak JPNIN Negeri Selangor dapat membantu JPNIN Ibupejabat Putarajaya dengan menyumbangkan tenaga jurulatih jika diperlukan.
Pelbagai pendedahan atau aktiviti dilaksanakan sepanjang program ini. Pada hari pertama iaitu 19 Mac 2010, peserta diberi taklimat serta penerangan tentang Kraf Perkhemahan. Selain itu aktiviti Memecah Batasan Sosial, Dinamik Kumpulan, Kepimpinan 1Malaysia, Selera Malaysia, Aktiviti Berhalangan, Integrasi Budaya, Night Tracking serta Cinta Negara turut diadakan sepanjang program ini. Pegawai serta Jurulatih Utama dari 9 Daerah di Negeri Selangor menghadiri program ini di mana ianya dikendalikan oleh Mohd Zamri sebagai Tim Kem Komandan, Azali Sidek, Khairul, Abdul Rashid, Nomalin Saikhani sebagai Jurulatih/Fasilitator dari JPNIN Negeri Selangor manakala Puan Nurul Akmalina binti Samsuddin Timbalan Pengarah Negeri Selangor bertindak sebagai Kem Komandan. Para peserta juga dibekalkan Manual Perkhemahan JPNIN serta Pelan Tindakan Lima Tahun 2010-2014 Jiran Muda Negeri Selangor yang disediakan oleh JPNIN Negeri Selangor sebagai bahan rujukan untuk mengendalikan program sebegini.
Sokongan dari Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Halim bin Omar, Pengarah JPNIN Negeri Selangor turut memberi semangat serta dorongan bagi Puan Nurul serta para jurulatih/fasilitator bagi menjayakan program ini. Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan pada hari terakhir 21 Mac 2010 oleh Puan Nurul Akmalina binti Samsudin selaku Kem Komandan. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi mencapai objektif JPNIN dalam mewujudkan perpaduan di dalam kepelbagaian. SYABAS BUAT SEMUA YANG TERLIBAT.
http://jpningombak.blogspot.com/
0 ulasan anda:
Post a Comment