Ads 468x60px

Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia :Bahagian 2




Gambar 1: Pandangan Hadapan Tapak Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali

Nama : Tapak Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali
Lokasi : Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka), Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : 70
Hakmilik Bangunan / Tanah : Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1957
Latar Belakang Sejarah :
Sejarah tapak ini bermula dari kawasan berpaya yang menjadi Parade Ground sebaik pusat pentadbiran Inggeris berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur pada awal 1880 - an. Kemudian, dalam tahun 1890 - an dengan kewujudan Kelab Selangor, Gereja St. Mary, Chartered Bank dan pejabat baru Kerajaan, tapak ini bukan sahaja menjadi pusat kegiatan sosial di kalangan masyarakat Eropah malah masih diguna sebagai padang perbarisan oleh anggota polis sebagaimana fungsi asalnya. Kemudian atas kehendak semasa tapak ini diratakan dan berumput untuk menjadi padang permainan berpasukan sehingga ia di kenali pula sebagai "the Padang".


Tapak berbentuk segi empat bujur dengan keluasan tanah seluas 2.920 hektar, mengelilingi Jalan Raja. Sebagai bandar kolonial, secara simboliknya Padang dan susun atur persekitaran kawasan berciri dan berkarektor seperti sebuah Bandar Inggeris yang menarik dengan deretan Bangunan sepanjang Jalan Raja di sebelahan Sungai Gombak dan Sungai Klang melatari pemandangan Padang.


Kelab Selangor dan padang ini menjadi pusat segala permainan dan sukan semenjak 1890 an sehingga ia sering disebut sebagai Padang Kelab Selangor oleh masyarakat walaupun setelah namanya ditukar kepada Dataran Merdeka. Di tengah-tengah padang bertentangan Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad inilah terletaknya plak dan tapak tiang bendera bersejarah yang tertera dengan tulisan berbunyi. Di sinilah bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya menggantikan bendera Union Jack jam 12.01 pagi 31hb Ogos 1957. This is the spot where the Malaysian flag was raised for the first time to replace the Union Jack at 12.01am 31st August 1957 sebagai simbolik lambang kejayaan kemerdekaan.


Semenjak 1897 sehingga ke hari ini, tapak ini masih menepati fungsi asal sebagai pusat tumpuan pelbagai acara penting negara. Kini terdapat binaan bertingkat - tingkat, tiang bendera tertinggi di dunia (100 meter), ruang pentas, landskap serta pengekalan pancutan air bersejarah serta Memorial Steve Harper 1897 terletak di sudut kanan selatan sebagai arca yang menghiasi Dataran Merdeka dan persekitaran.
Peta Lokasi
 

Gambar 2 : Pelan Lokasi Padang Kelab Selangor dan Tapak Tiang Bendera Union Jack diturunkan
Bahan Multimedia
  • Imej Tapak Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali (2 imej)
Sumber: Jabatan Warisan Negara
 



Share

Tuesday, June 8, 2010

WARISAN BUDAYA MALAYSIA : PAKAIAN DAN PERHIASAN MELAYU ( SIRI 2)

Share

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.

Baju Kurung Teluk Belanga
Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;
a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.
b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.
Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. 

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.

 
Pada masa dahulu, lelaki golongan istana dan golongan berada memakai seluar yang besar dan longgar yang dikenali sebagai kain seluar, seluar Aceh atau seluar Lambok. Kain seluar ada yang pendek dan ada yang panjang. Kain seluar yang pendek hanya separas lutut dan biasanya dipakai untuk bersantai di rumah. Kain seluar yang panjang pula adalah separas betis dan digunakan ketika keluar rumah atau ke majlis rasmi. Kaki dan pinggang kain seluar sangat lebar.
Kain seluar terdiri daripada lapan bahagian yang dicantumkan. Empat bahagian yang di tengah berfungsi sebagai kekek supaya selesa dipakai. Kain seluar dipakai seperti memakai samping; melipat ke hadapan (box-pleat) dan menggulungnya atau mengikatnya dengan tali pinggang.
Kain seluar dilengkapi dengan satu poket. Poket dibuat pada bahagian hadapan sebelah kiri seluar (bukan pada kekeknya).
Kain seluar diperbuat daripada sutera yang berwarna-warni dari kain songket emas atau perak. Bahagian yang paling banyak bunga songketnya ialah bahagian hujung kaki dan bukaan poket.
Satu lagi seluar yang kerap dipakai ialah seluar panjang atau seluar panjut. Seluar panjang juga lebar bahagian pinggangnya. Pada kelepet pinggang seluar panjang ada lubang kecil bagi memasukkan pita atau tali pinggang yang digunakan untuk memanjut seluar ini.
Seluar panjang terdiri daripada empat bahagian sahaja kerana seluar panjang tidak berkekek seperti kain seluar. Kaki seluar panjang menirus ke bawah. Pada bahagian sisi kaki seluar panjang ada bukaan yang dipasangkan butang. Biasanya lima atau enam butang digunakan. Panjang seluar ini mencecah buku lali.