Ads 468x60px

Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Monday, March 18, 2013

The World Interfaith Harmony Week.


Salam dan salam perpaduan.

Tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan JPNIN amnya dan khasnya yang terlibat secara langsung, kerana Malaysia mendapat tempat ketiga dan pertandingan The World Interfaith Harmony Week.

Sila layari laman berikut;  http://worldinterfaithharmonyweek.com/wihw-prize-announcement/  untuk berita lanjut.

Sekian, terima kasih.

First Prize

Interfaith Mediation Centre, Kaduna: $25,000 Grand Prize and a gold medal will be awarded to the Interfaith Mediation Centre, Kaduna for their event ‘Imam and Pastor from Vengeance to Forgiveness’ in Nigeria. Pictured are the founders, Imam Muhammad Ashafa and Pastor James Wuye.

 

 

Second Prize

Philippine Center for Islam and Democracy: $15,000 Prize and a silver medal will be awarded to the Philippine Center for Islam and Democracy for their event ‘A Common Word Towards A Common Peace’ in the Philippines. Pictured is the president, Ms Amina Rasul.

 

Third Prize

World Interfaith Harmony Week Malaysia: $5,000 prize and a bronze medal will be awarded to the Department of National Unity and Integration for their event ‘World Interfaith Harmony Week Malaysia 2013’ in Malaysia.

Share

Wednesday, December 14, 2011

 Makluman

atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkkan dan serangan DDos, laman blog ini sedang dikemaskini






Share

Friday, October 1, 2010

Program Jamuan Muhibbah Sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor

Program Jamuan Muhibbah Sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor Anjuran Bersama JPNIN Selangor dan Persatuan Darul Ridzuan Selangor & Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 03 Okt 2010 (Ahad) bertempat di Tapak Pasar Malam, Taman Medan Baru, Jalan Medan 9, Taman Medan, Taman Medan Daerah Petaling.


View Larger Map

Saturday, September 18, 2010

Alfatihah ..

Innalillah .. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah klang mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga allahyarham norazman, PPP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Hulu Langat atas kemangkatan beliau, moga rohnya berada di kalangan orang2 yang beriman

Alfatihah


Share

Tuesday, July 27, 2010

Makluman pertukaran alamat JPNIN Selangor

Share

sukacita dimaklumkan bahawa pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah berpindah ke alamat baru seperti berikut:

Tingkat 9, wisma PKPS,Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan...
...
tel : 03-55107989 :03-55184617 faks: 03-55102376

Monday, June 21, 2010

KRT Dan SRS Semakin Relevan Dan Dapat Sambutan Di Selangor

Share

KRT Dan SRS Semakin Relevan Dan Dapat Sambutan Di Selangor

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- Kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) semakin meningkat dan relevan di Selangor selaras dengan peningkatan kesedaran orang ramai untuk membantu kerajaan membanteras jenayah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam masa hampir dua setengah tahun jumlah KRT di Selangor meningkat sebanyak 26 peratus daripada 495 pada 2007 kepada 624 setakat Jun tahun ini, kata beliau dalam ucapan perasmian Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di sini Ahad malam.

Bagaimanapun jumlah SRS meningkat lebih 100 peratus daripada 116 pada 2007 kepada 233 di seluruh Selangor, katanya.

Ini memberi sumbangan positif kepada salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu mengurangkan kadar jenayah, katanya.

Dr Koh berkata beliau sedang berusaha bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi mewujudkan satu rangkaian keselamatan yang terdiri daripada gabungan SRS, polis, Ikatan Relawan Rakyat, Jabatan Pertahanan Awam dan RakanCop bagi menarik penyertaan lebih ramai anggota masyarakat dalam menjaga keselamatan.

Pada majlis itu, Dr Koh menyampaikan Anugerah Khas, "Wira Perpaduan" kepada Abdul Halim Mohamed Redzuan yang merupakan antara 12 sukarelawan Malaysia di kapal Mavi Marmara yang ditawan oleh askar Israel semasa dalam pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Abdul Halim, 40, ialah Timbalan Pengerusi KRT Taman Desa Indah Klang dan berkhidmat sebagai Eksekutif Teknikal di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

-- BERNAMA

Keratan Akhbar

Share

In RT, voluntary patrolling have become more relevant in Selangor


SHAH ALAM: The Rukun Tetangga (RT) and its voluntary patrolling scheme (VPS) have become more relevant in Selangor with greater public awareness of their role in helping the government combat crime, said Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. He said in almost two and a half years, the number of RT sectors in Selangor had increased by 26 per cent from 495 in 2007 to 624 now.

"However, the number of voluntary patrolling schemes had increased by more than 100 per cent from 116 in 2007 to 233 now," he said at the launching of the state-level Unity Month celebration, here, tonight.

"This shows good public support for the scheme and their realisation that they too need to be involved in keeping their own neighbourhood safe, thus contributing to one of the National Key Result Areas, that is, reducing crime."
Koh said he was now collaborating with Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein to create a safety network comprising RT, police, Rela (People's Volunteer Corps), Civil Defence Department and Rakan Cop to get more people to participate in keeping their areas safe.

At the function, Koh also presented the "Unity Hero" award to Abdul Halim Mohamed Redzuan, one of the 12 Malaysian volunteers on board the Mavi Marmara ship which was attacked by Israeli forces while ferrying humanitarian aid to the people of Gaza recently.

He also handed over financial grants of RM1,000 each to the top unity kindergarten, RT sector and VPS in Selangor.

Abdul Halim, 40, is the deputy chairman of the Taman Desa Indah RT sector in Klang and is a technical executive with Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). He went to Gaza as a representative of Muslim Care Malaysia.

Abdul Halim, in his speech, said his involvement in RT which carried out voluntary patrolling in his neighbourhood had taught him how to be a good volunteer.

"We have to stay awake and face the risk of facing robbers when conducting night patrols, just like my experience in facing the Israeli commondos who acted like pirates on board the Mavi Marmara," he said.

He said since there was voluntary patrolling in his neighbourhood, the crime rate there had gone down. -- BERNAMA

Thursday, May 13, 2010

Makluman: Sembang -Sembang Perpaduan

 Share


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Klang dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan program "Sembang-sembang" Perpaduan Sempena Sambutan Bulan Perpaduan dan Ulangtahun Rukun Tetangga ke 35 peringkat Negeri Selangor pada 15 May 2010 bertempat di Lintang Perpaduan ( bersebelahan KFC Sentosa ) jam 8.00 malam. Perasmian majlis ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg Tn. Hj Abdul Halim bin Omar, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.


Semua Warga Rukun Tetangga dijemput hadir

Wednesday, May 5, 2010

KARNIVAL MEWARNA TABIKA PERPADUAN

Share














Sukacita dimaklumkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Klang dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Bandar Baru Klang akan menganjurkan Karnival Mewarna Tabika Perpaduan Daerah Klang bertempat di Tabika Perpaduan Taman Meru 4 pada 9 Mei 2010
Tuan/Puan dijemput bagi memeriahkan Karnival tersebut

Friday, April 9, 2010

Iklan Masyarakat : Cegah H1N1


untuk maklumat lanjut silalah ke laman  Kementerian Kesihatan Malaysia

bersama kita mencegah wabak H1N1

Wednesday, March 24, 2010

Lawatan ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim

Krt Taman Sri Muda akan membuat lawatan ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim untuk memberi sedikit sumbangan berbentuk pakaian dan makanan.Tarikh lawatan ini belum ditentukan lagi oleh pengerusi R.T iaitu En.Sapari atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.Beliau meminta kepada semua Ajk R.T Taman Sri Muda Zon B untuk menghubungi beliau(En.Sapari)jika ingin memberikan sumbangan kepada rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim sempena lawatan R.T ketempat mereka dalam masa terdekat ini.Ajk R.T atau pendududk sekitar Taman Sri Muda Zon B yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi nombor telefon Pengerusi R.T 012-6251358(EN.Sapari)
 
 
 

Tuesday, March 23, 2010

Facebook




salam perpaduan dan salam satu Malaysia.


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional daerah Klang kini telah membuka akaun Facebook untuk sama-sama kita bertukar-tukar pandangan dan berkenal-kenalan antara warga Rukun Tetangga dan JPNIN. bagi yang berminat untuk menyertai dan meramaikan lagi komuniti Facebook JPNIN Klang, anda bolehlah melawat di link ini



terima kasih .

Monday, March 22, 2010

Pidato online

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Pidato Online akan diadakan oleh KRT Desa Tun Razak K.Lumpur. Program ini akan bermula pada 1hb. April 2010. Oleh itu mulai sekarang pihak Urusetia KRT Desa Tun Razak mempelawa adik2 dan anak yang berbakat dari seluruh pelusuk negara yang petah bercakap, tajam pemikirannya serta berminat untuk menyertai pertandingan ini. Syarat dan Prosedur Pertandigan akan diterangkan oleh Urusetia dalam video berikut:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=103045673056552

Sebarang pertanyaan boleh menalipon Tok Wan KRT Desa Tun Razak.

Terima kasih.

Wednesday, January 20, 2010



Paparan Baru laman portal JPNIN Selangor

JPNIN Selangor juga dalam usaha untuk melaksanakan pendaftaran Jiran Muda bagi negeri Selangor

untuk maklumat lebih lanjut sila klik gambar untuk ke laman portal JPNIN Selangor yang baru

atau klik 

Monday, November 9, 2009

Tabikarama Daerah Klang



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Jabatan Perdana Menteri) Daerah Klang akan menganjurkan Program "Ewah! Ewah! Sayang " tahun 2009 iaitu program Kanak - kanak Tabika Perpaduan pada ketetapan seperti dibawah:

Tarikh/Hari : 15 November 2009
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk penglibatan kanak-kanak seperti persembahan kanak-kanak, pertunjukan fesyen serta aktiviti kanak2 secara berkumpulan dan cabutan bertuah

Semua Dijemput Hadir

Friday, November 6, 2009

Misi, Visi, Motto



Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju





Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan Interaksi Sosial Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu Dan Beridentiti Nasional


 
 
" BERSATU KITA MAJU "

Wednesday, October 28, 2009

"Ewah! Ewah! Sayang"


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Jabatan Perdana Menteri) akan menganjurkan Program "Ewah! Ewah! Sayang " tahun 2009 iaitu program Kanak - kanak Tabika Perpaduan pada ketetapan seperti dibawah:

Tarikh/Hari : 21 November 2009
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Summit Subang Jaya, Selangor

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk penglibatan kanak-kanak seperti persembahan kanak-kanak, pertunjukan fesyen serta aktiviti kanak2 secara berkumpulan dan cabutan bertuah

Semua Dijemput Hadir


Tuesday, October 27, 2009

Perutusan Pengarah


Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Halim B. Omar
Pengarah
JPNIN Negeri Selangor

Assalamualaikum w.b.t, Selamat Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Selamat menyambut tahun baru 2009. Tahun yang dianggap penuh dengan cabaran. Cabaran dari pelbagai aspek yang mampu mengancam keharmonian kehidupan kita. Perubahan gelombang politik dalam negara yang telah mewujudkan kecelaruan hidup bermasyarakat. Kegawatan ekonomi dunia yang telah menggugat kestabilan sosial masyarakat serta pengaruh budaya asing yang mampu menghakis keutuhan pengamalan nilai murni Bangsa Malaysia.

Bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut, seluruh warga kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor perlu mempersiapkan diri. Kita perlu memiliki pengetahuan secukupnya terutama dalam aspek yang berkaitan dengan bidang tugas. Malah kita juga perlu mempertajamkan kemahiran kita dalam menangani isu-isu yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Perubahan-perubahan yang berlaku disekeliling kita, menuntut kita menjadi pemerhati yang teliti dan penganalisis yang jitu serta pelaksana yang kreatif. Ringkasnya, perubahan persekitaran menuntut perubahan pada sikap kita sebagai penjawat awam agar sistem penyampaian kita menjadi lebih efektif.


Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga diseluruh Negeri Selangor juga tidak terkecuali daripada memenuhi tuntutan-tuntutan di atas. Kompleksiti masyarakat serta perubahan sosial yang berlaku memerlukan kepekaan dan tindakbalas yang segera daripada tuan-tuan dan puan-puan. Sebagai pihak yang menjadi penghubung di antara komuniti dan kerajaan, tuan puan perlu melakukan perdampingan sosial secara lebih kerap. Pastikan setiap permasalahan komuniti disalurkan kepada pihak berwajib dan pastikan juga ianya diselesaikan secara berkesan.

Sebagai penggerak dan tonggak kepada perpaduan serta keharmonian komuniti setempat tuan puan berhadapan dengan cabaran yang besar ketika ini. Tuan puan harus mampu memastikan komuniti di kejiranan tuan puan berada dalam keadaan selesa, sejahtera dan selamat serta semangat patriotiknya. Sambut dan laksanakanlah segala peluang serta program yang boleh mewujudkan keadaan-keadaan tersebut dalam komuniti sejiran. Kesediaan tuan puan berada di dalam Jawatankuasa Rukun Tetangga, perlu disusuli dengan kesanggupan untuk melaksanakan tanggungjawab secara luhur.

Akhirnya, andai terjalin kesepakatan dan kesepaduan di antara kita sebagaimana kukuhnya “lidi seberkas”, seia sekata di mana “ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni”, sudah pasti kita berupaya menjadi benteng bagi menghalang semua bentuk ancaman yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan di negara kita. Semoga tahun 2009 akan membawa sinar yang lebih berseri dan bercahaya dalam pemupukan serta pengukuhan perpaduan dinegara ini.

Sekian, terima kasih.

‘Perpaduan Teras Kemajuan’