Ads 468x60px

Showing posts with label jpninklang. Show all posts
Showing posts with label jpninklang. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Tahniah KRT Taman Setia Klang !!!


 Sekalung tahniah diucapkan kepada KRT Taman Setia, Klang dan Persatuan penduduk Taman Setia kerana berjaya menggondol tempat pertama ( johan ) Kategori Taman, Pertandingan Kebersihan Taman-Taman dan Kampung Kawasan Majlis Perbandaran Klang 2010
Share

Monday, January 3, 2011

Jadual Gaji Tahun 2011


 Jadual pembayaran gaji tahun 2011


Share

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Sunday, September 5, 2010

Salam Idilfitri : Selamat Hari Raya 1431H dari JPNIN Klang

Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya;
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita berhari-raya

Berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan-santun amatlah mesra;
Tak kira bangsa juga agama,
Aidilfitri disambut dengan gembira.

Tinggi sungguh terbang Rajawali,
Bintang di langit yang dicari;
Manusia di pagi Raya juga mencari,
Ampun maaf menyusun sepuluh jari.


Syawal juga kita sambut dengan turut menginsafi malapetaka yang melanda saudara-saudara kita di seluruh dunia; di selatan Thailand, Palestin dan di Iraq antaranya. Penindasan berterusan terhadap mereka seharusnya menjadi pengajaran kepada kita akan peri pentingnya kita menghargai kemerdekaan yang kita nikmati ini dengan membuka ruang lingkup yang seluas mungkin bagi mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi. Perpaduan kaum adalah inti pati utama bagi sebuah negara merdeka. Justeru perlakuan adu domba berbaur perkauman harus ditolak sama sekali kerana ia bakal mengundang perpecahan dan kehancuran bangsa

Sempena Syawal yang mulia ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional daerah Klang mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitr kepada pimpinan rukun Tetangga, pimpinan Tabika Perpaduan, ahli-ahli serta seluruh umat Islam. Marilah kita perkuatkan azam dan tekad untuk memperbaharui perpaduan agar dapat sama-sama kita bina sebuah negara demokrasi yang adil, maju, makmur dan sejahtera.

Salam Eidul Fitr. Maaf Zahir Batin.


Share

Monday, August 30, 2010

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 53: 1 Malaysia Menjana Transformasi


Pemasyhuran kemerdekaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Versi Jawi

ڤماشهورن كمرديكأن
دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.
بهاواسڽ كران تله تيباله ماسڽ باڬي اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو اين منچاڤأي تارف سواتو بڠسا يڠ مرديك لاڬي بردولت سام ستيمڤل كدودوكنڽ دڠن سڬالا بڠسا سلوروه دنيا.
دان بهاواسڽ كران دڠن ڤرجنجين يڠ دسبوت نامڽ ڤرجنجين تانه ملايو تاهون 1957 يڠ دڤربوات انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، مك، تله دڤرستوجوي بهاوا نڬري-نڬري ملايو، ايايت جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، دان ڤراق سرتا نڬري يڠ دهولوڽ ديناماكن نڬري سلت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، مولاي 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957، هندقله منجادي سبواه ڤرسكوتوان بهارو باڬي نڬري-نڬري يڠ برنام ڤرسكوتوان تانه ملايو.
دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق دالم ڤرجنجين ترسبوت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ هندقله درڤد تاريخ ترسبوت ايت تمت درڤد منجادي سباهاڬين درڤد ججاهن تعلوق بڬيندا قوين، دان دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين تيدق لاڬي برحق منجالنكن اڤا٢ كدولتن بڬيندا ك اتس كدوا-دوا بواه نڬري يڠ ترسبوت ايت.
دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق يڠ ترسبوت، ايايت ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1948، دان سڬالا ڤرانجين يڠ لاين يڠ اد سكارڠ انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج اتاوڤون ساله سأورڠ درڤد بڬيندا ايت سبلوم تاريخ يڠ ترسبوت هندقله دبطلكن مولاي درڤد تاريخ ايت، دان سموا كوات كواس دان حق دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين اتاوڤون ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دالم نڬري-نڬري سلت اتاوڤون ڤرسكوتوان تانه ملايو سلوروهنڽ اداله تمت دڠن سنديريڽ.
دان بهاواسڽ كران دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين، دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دان مجليس-مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان دان نڬري-نڬري ملايو تله ملولوسكنڽ، ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1957 ايت برجالن كوات كواساڽ.
دان بهاواسڽ كران سواتو ڤرلمباڬان باڬي كراجأن ڤرسكوتوان تانه ملايو تله دتنتوكن منجادي سواتو كانون يڠ معتمد باڬيڽ.
دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت، مك، اد دسدياكن شرط اونتوق منجاڬ كسلامتن حق-حق دان كاوتامأن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج سرتا حق-حق اساسي دان كبيبسن سكالين رعيت دان اونتوق مماجوكن ڤرسكوتوان تانه ملايو دڠن امان دان داماي سرتا تراتور سباڬاي سبواه كراجأن يڠ ممڤوڽاءي راج يڠ برڤرلمباڬان يڠ برداسركن ديموكراسي چارا ڤرليمين.
دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ داداكن اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت تله دلولوسكن اوليه سواتو اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكه اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان سرتا دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكن اوليه نڬري-نڬري ملايو دان دڠن كتتڤن-كتتڤن دالم مجليس اوندڠن نڬري ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، دڠن دمكين ڤرلمباڬان ايت تله برجالن كوات كواساڽ ڤد 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957.
مك، دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها مڠاسيهاني، ساي تونكو عبدالرحمن ڤوترا ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، ڤردان منتري باڬي ڤرسكوتوان تانه ملايو، دڠن ڤرستوجوان دان ڤركنن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج نڬري-نڬري ملايو دڠن اين ممشهوركن دان مڠيشتهاركن باڬي ڤيهق اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو بهاوا مولاي تيڬ ڤولوه ساتو هاري بولن اوڬوس تاهون سريبو سمبيلن راتوس ليما ڤولوه توجوه، مك ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مڠاندوڠي نڬري جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، ڤراق، ملاك دان ڤولاو ڤينڠ دڠن ليمڤه رحمة الله سبحانه وا تاءالا اكن ككال منجادي سبواه نڬارا يڠ مرديك دان بردولت سرتا برداسركن كبيبسن دان كعاديلن دان سنتياس منجاڬ دان مڠوتاماكن كسجهترأن دان كسنتوسان رعيتڽ دان مڠكلكن كامانن انتارا سڬالا بڠسا.





















Share

 untuk informasi dan maklumat lanjut silalah ke laman ini

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

Monday, August 9, 2010

Program Kibar Jalur Gemilang Tabika Perpaduan Daerah Klang 2010

Share

Pada 7hb Ogos 2010, jabatan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Daerah , IPPD Klang, MPK dan Klang Parade telah mengadakan  program "Konvoi Kibar Jalur Gemilang" bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke 53. Acara tahunan ini merupakan kali pertama dilaksanakan di luar kelas, dengan disertai oleh 50 buah kenderaan dan lebih 600 tetamu. Majlis telah disempurnakan oleh Deputi Superitendan Polis Beh Eng lai, Tim. Ketua Polis Daerah Klang Utara, dan turut dihadiri oleh Pn. Zanariah Suleiman, pen. Pengarah JPNIN Selangor.  Pihak JPNIN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dan membantu menjayakan majlis pada hari tersebut ...



lagi gambar di sini

Tuesday, June 15, 2010

Selamat Pulang Wira Gaza : Abd. Halim Mohd. Redzuan

Share

Abd. Halim Mohd. Redzuan Dibogel Yahudi kerana dianggap pengganas

June 6, 2010 by  
Filed under Berita Semasa/Terkini
Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


SHAH ALAM – Dipenjara dan dibogelkan!
Itulah pengalaman pahit sukarelawan kapal Mavi Marmara, Abd. Halim Mohd. Redzuan, 40, (gambar) ketika ditahan askar Israel kerana dituduh anggota Al-Qaeda gara-gara gambar pasport miliknya berbeza dengan wajah sebenar.
“Saya dianggap pengganas hanya kerana gambar pasport menunjukkan rambut saya yang panjang tetapi apabila saya hadir dengan berambut pendek macam komando, mereka cop saya pengganas,” ujarnya.








NOTA :  Abd. Halim Mohd. Redzuan merupakan timbalan pengerusi KRT Taman Desa Indah, Klang

Tuesday, May 25, 2010

Tahniah .. part 2

Share

Keputusan Keseluruhan Pertandingan:


A. Anugerah RT Cemerlang (Pengurusan RT):
1st: KRT Dangi Kuala Pilah NS; 2nd: KRT Taman Dagang Fasa 2A/3, Hulu Langat S'gor; 3rd: KRT Ketereh, Kota Bharu Kelantan.
 

B: Anugerah RT Cemerlang (Pengurusan SRS):
1st: SRS Meranti, Pasir Mas Kelantan; 2nd: SRS Sri Andalas FASA II, Klang S'gor; 3rd: SRS Pengkalan Berangan, K.Trengganu T'gganu.
 

C: Anugerah RT Cemerlang (Projek Ekonomi):
KRT Jalan Ketoyong, Tanjung Malim Perak; 2nd: KRT Telaga Batin, K.Trengganu; 3rd: KRT Temerloh Jaya, Temerloh Pahang,

D: Anugerah Rukun Tetangga (RT) Cemerlang:

Pengurusan Jiran Wanita (JW):
1st: JW KRT Telaga Batin K.Trengganu; 2nd: JW KRT Taman Maju, Jasin Melaka; 3rd: JW KRT Kesedar Putra, Gua Musang Kelantan:
 

E: Pengurusan Jiran Muda (JM):

1st: JM KRT Pangkal Petai, Machang Kelantan; 2nd: JM KRT Gabungan Kg. Suasa Beufort Sabah; 3rd: JM KRT Taman Semantan, Temerloh Pahang.
F: Pengurusan TABIKA PERPADUAN (TBK):

F: Pengurusan Tabika Perpaduan:


1st: TBK Perpaduan Bangunan Persekutuan Jln Anson, P.Pinang; 2nd: TBK Perpaduan Tulip Taman Sri Wangsa Fasa II, Arau Perlis; 3rd: TBK Perpaduan Kampung Kilan Pulau Akar Wilayah Persekutuan Labuan.
 

Tahniah kpd semua yang berjaya...

Monday, May 24, 2010

TAHNIAH ..

Share


JPNIN DAERAH KLANG

Mengucapkan

TAHNIAH

Kepada 
 
Kawasan Rukun tetangga Taman Sri Andalas Fasa 2 , Klang ( Naib Johan Pengurusan SRS terbaik Kebangsaan)
dan

semua Penerima Anugerah Kalung Perpaduan & Pemenang Pelbagai Kategori

sempena


MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

yang telah disempurnakan oleh


Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri


pada 21 Mei 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan B, Melaka International Trade Centre (MITC) Melaka.

Wednesday, May 5, 2010

KARNIVAL MEWARNA TABIKA PERPADUAN

Share














Sukacita dimaklumkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Klang dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Bandar Baru Klang akan menganjurkan Karnival Mewarna Tabika Perpaduan Daerah Klang bertempat di Tabika Perpaduan Taman Meru 4 pada 9 Mei 2010
Tuan/Puan dijemput bagi memeriahkan Karnival tersebut

Monday, April 12, 2010

Tuesday, March 23, 2010

Program Kejurulatihan Perkhemahan JPNIN Negeri Selangor - 19 - 21 Mac 2010



Program Kejurulatihan Perkhemahan JPNIN Negeri Selangor - 19 - 21 Mac 2010

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah mengambil inisatif dengan menganjurkan Program Kejurulatihan Perkhemahan bagi Pegawai serta Jurulatih Utama Tabika Perpaduan dari 19 hingga 21 Mac 2010 di Amberstone, Hulu Selangor. Ianya turut disertai oleh Pegawai serta Jurulatih Utama dari semua Daerah Selangor. Program ini bertujuan melahirkan Jurulatih Perkhemahan di kalangan pegawai serta guru di JPNIN Negeri Selangor supaya tenaga mereka dapat digunakan sebagai fasilitator atau jurulatih bagi program-program perkhemahan yang bakal diadakan samada di peringat daerah ataupun negeri. Selain daripada itu, pihak JPNIN Negeri Selangor dapat membantu JPNIN Ibupejabat Putarajaya dengan menyumbangkan tenaga jurulatih jika diperlukan.

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha

Salam AidilAdha daripada warga kerja JPNIN Daerah Klang


Monday, November 9, 2009

Tabikarama Daerah Klang



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Jabatan Perdana Menteri) Daerah Klang akan menganjurkan Program "Ewah! Ewah! Sayang " tahun 2009 iaitu program Kanak - kanak Tabika Perpaduan pada ketetapan seperti dibawah:

Tarikh/Hari : 15 November 2009
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk penglibatan kanak-kanak seperti persembahan kanak-kanak, pertunjukan fesyen serta aktiviti kanak2 secara berkumpulan dan cabutan bertuah

Semua Dijemput Hadir

Friday, November 6, 2009

Misi, Visi, Motto



Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju





Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan Interaksi Sosial Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu Dan Beridentiti Nasional


 
 
" BERSATU KITA MAJU "