Monday, January 17, 2011
Tahniah KRT Taman Setia Klang !!!
Tuesday, June 15, 2010
Selamat Pulang Wira Gaza : Abd. Halim Mohd. Redzuan
Abd. Halim Mohd. Redzuan Dibogel Yahudi kerana dianggap pengganas
norhayati.yahaya@kosmo.com.my
![]() |
Itulah pengalaman pahit sukarelawan kapal Mavi Marmara, Abd. Halim Mohd. Redzuan, 40, (gambar) ketika ditahan askar Israel kerana dituduh anggota Al-Qaeda gara-gara gambar pasport miliknya berbeza dengan wajah sebenar.
“Saya dianggap pengganas hanya kerana gambar pasport menunjukkan rambut saya yang panjang tetapi apabila saya hadir dengan berambut pendek macam komando, mereka cop saya pengganas,” ujarnya.
NOTA : Abd. Halim Mohd. Redzuan merupakan timbalan pengerusi KRT Taman Desa Indah, Klang
Monday, May 31, 2010
Sukaneka RT Taman Sri Muda zon B
pada 30hb Mei 2010, bertempat di padang Happyland, Taman Sri Muda, telah berlangsung acara Sukaneka anjuran Rukun Tetangga Taman Sri Muda Zon B. berbagai acara telah disediakan bagi semua peringkat usia. kehadiran dan penyertaan dianggarkan seramai 300 orang. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa RT Taman Sri Muda zon B ..
untuk maklumat dangambar-gambar lebih lanjut sila ke link berikut KRT Taman Sri Muda B
Share
Tuesday, May 25, 2010
Tahniah .. part 2
Keputusan Keseluruhan Pertandingan:
A. Anugerah RT Cemerlang (Pengurusan RT):
1st: KRT Dangi Kuala Pilah NS; 2nd: KRT Taman Dagang Fasa 2A/3, Hulu Langat S'gor; 3rd: KRT Ketereh, Kota Bharu Kelantan.
B: Anugerah RT Cemerlang (Pengurusan SRS):
1st: SRS Meranti, Pasir Mas Kelantan; 2nd: SRS Sri Andalas FASA II, Klang S'gor; 3rd: SRS Pengkalan Berangan, K.Trengganu T'gganu.
C: Anugerah RT Cemerlang (Projek Ekonomi):
KRT Jalan Ketoyong, Tanjung Malim Perak; 2nd: KRT Telaga Batin, K.Trengganu; 3rd: KRT Temerloh Jaya, Temerloh Pahang,
D: Anugerah Rukun Tetangga (RT) Cemerlang:
Pengurusan Jiran Wanita (JW):
1st: JW KRT Telaga Batin K.Trengganu; 2nd: JW KRT Taman Maju, Jasin Melaka; 3rd: JW KRT Kesedar Putra, Gua Musang Kelantan:
E: Pengurusan Jiran Muda (JM):
1st: JM KRT Pangkal Petai, Machang Kelantan; 2nd: JM KRT Gabungan Kg. Suasa Beufort Sabah; 3rd: JM KRT Taman Semantan, Temerloh Pahang.
F: Pengurusan TABIKA PERPADUAN (TBK):
F: Pengurusan Tabika Perpaduan:
1st: TBK Perpaduan Bangunan Persekutuan Jln Anson, P.Pinang; 2nd: TBK Perpaduan Tulip Taman Sri Wangsa Fasa II, Arau Perlis; 3rd: TBK Perpaduan Kampung Kilan Pulau Akar Wilayah Persekutuan Labuan.
Tahniah kpd semua yang berjaya...
Monday, May 24, 2010
TAHNIAH ..
Monday, May 10, 2010
Monday, April 12, 2010
Alfatihah ..
5 maut, 5 parah kereta bertembung di KesasApr 11, 10 9:15am
Lima maut manakala lima lagi cedera parah selepas dua buah kereta bertembung dalam satu kemalangan di Lebuhraya Kesas berhampiran Pendamar dekat Shah Alam malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, empat daripada enam sahabat meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat sekeluarga.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Klang, DSP Rosli Abdul Rahman berkata empat mangsa itu belum dikenal pasti manakala seorang lagi yang terkorban ialah pemandu Honda Civic dikenali sebagai Supian Saliman, 41.
Tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, katanya kepada Bernama.
Rosli berkata daripada lima yang cedera, dua adalah kanak-kanak iaitu Aisyah Maisara, enam tahun dan abangnya, Syaril Saszean, 10, dan ibu mereka, Fairuz Mohamad Sharip, 41.
Dua lagi mangsa belum dikenal pasti, katanya.
Beliau berkata berdasarkan pakaian mereka keenam-enam sahabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Pulau Indah menuju ke Shah Alam selepas mengikuti latihan taekwando.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki enam remaja lelaki berusia antara 13 dan 21 tahun itu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kereta remuk dan mayat mangsa tersepit sehingga terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat, katanya.
Wednesday, March 24, 2010
Lawatan ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim
Monday, March 22, 2010
RONDAAN SRS PERDANA KRT BSS fasa 4
Dalam operasi tersebut seramai 67 orang peronda SRS KRT Fasa 4 telah turut serta melapangkan masa menjalankan operasi selama 6 jam itu yang turut dibantu oleh anggota polis dari Bandar Sultan Suleiman.
Monday, February 22, 2010
Lawatan Tuan Ocpd ke pusat kawalan rondaan Srs Taman SriMuda Zon B
Sunday, December 6, 2009
Karnival Perpaduan 1 Malaysia

Berbagai acara telah berlangsung pada hari tersebut, antaranya Larian Perpaduan, Jualan-Jualan dan Gerai-gerai pameran dari agensi kerajaan dan syarikat swasta, serta turut dimeriahkan dengan artis-artis tempatan seperti Diana Danielle, Hamid Gurkha, Senario dan Fahrin Ahmad.
Karnival ini telah disempurnakan dengan perasmian oleh Y.B Dato' Hj. Abdul Rahman bin Hj Palil, Ahli Dewan Undangan Sementa.
Tuesday, November 24, 2009
Monday, November 23, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Rukun Tetangga
Pengenalan Skim Rukun Tetangga
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Sehingga Mac 2009, sebanyak 557 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di negeri Selangor. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
Logo Rukun Tetangga
Pengertian Logo
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.
- Bulatan Besar
- Warna
- 5 Bulatan Kecil Warna Merah
- 2 Bentuk Titisan Air Terbalik
-
Garisan Berwarna Merah
-
Segi Tiga Berwarna Kuning
-
Garisan merah di atas garisan putih
- Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.






















