|
Gambar 1: Pandangan Hadapan Tapak Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali |
Nama : Tapak Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali |
Lokasi : Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka), Kuala Lumpur, Kuala Lumpur |
No. Lot : 70 |
Hakmilik Bangunan / Tanah : Kerajaan Persekutuan |
Tahun Dibina : 1957 |
|
|
Latar Belakang Sejarah : |
Sejarah tapak ini bermula dari kawasan berpaya yang menjadi Parade Ground sebaik pusat pentadbiran Inggeris berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur pada awal 1880 - an. Kemudian, dalam tahun 1890 - an dengan kewujudan Kelab Selangor, Gereja St. Mary, Chartered Bank dan pejabat baru Kerajaan, tapak ini bukan sahaja menjadi pusat kegiatan sosial di kalangan masyarakat Eropah malah masih diguna sebagai padang perbarisan oleh anggota polis sebagaimana fungsi asalnya. Kemudian atas kehendak semasa tapak ini diratakan dan berumput untuk menjadi padang permainan berpasukan sehingga ia di kenali pula sebagai "the Padang".
Tapak berbentuk segi empat bujur dengan keluasan tanah seluas 2.920 hektar, mengelilingi Jalan Raja. Sebagai bandar kolonial, secara simboliknya Padang dan susun atur persekitaran kawasan berciri dan berkarektor seperti sebuah Bandar Inggeris yang menarik dengan deretan Bangunan sepanjang Jalan Raja di sebelahan Sungai Gombak dan Sungai Klang melatari pemandangan Padang.
Kelab Selangor dan padang ini menjadi pusat segala permainan dan sukan semenjak 1890 an sehingga ia sering disebut sebagai Padang Kelab Selangor oleh masyarakat walaupun setelah namanya ditukar kepada Dataran Merdeka. Di tengah-tengah padang bertentangan Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad inilah terletaknya plak dan tapak tiang bendera bersejarah yang tertera dengan tulisan berbunyi. Di sinilah bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya menggantikan bendera Union Jack jam 12.01 pagi 31hb Ogos 1957. This is the spot where the Malaysian flag was raised for the first time to replace the Union Jack at 12.01am 31st August 1957 sebagai simbolik lambang kejayaan kemerdekaan.
Semenjak 1897 sehingga ke hari ini, tapak ini masih menepati fungsi asal sebagai pusat tumpuan pelbagai acara penting negara. Kini terdapat binaan bertingkat - tingkat, tiang bendera tertinggi di dunia (100 meter), ruang pentas, landskap serta pengekalan pancutan air bersejarah serta Memorial Steve Harper 1897 terletak di sudut kanan selatan sebagai arca yang menghiasi Dataran Merdeka dan persekitaran. |
|
Peta Lokasi |
|
Gambar 2 : Pelan Lokasi Padang Kelab Selangor dan Tapak Tiang Bendera Union Jack diturunkan |
Bahan Multimedia |
- Imej Tapak Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali (2 imej)
|
Sumber: Jabatan Warisan Negara |
|
|
0 ulasan anda:
Post a Comment