Tuesday, January 12, 2010
Bakar
Jam menunjukkan 12 tengah malam. Kelihatan kelibat seseorang terbongkok-bongkok di sebuah rumah di sebelah surau dalam sebuah kampung. Dalam masa yang sama, terdapat rukun tetangga yang sedang bertugas mengawal keselamatan kampung itu membuat rondaan.
Tiba-tiba, mereka terdengar satu suara yang menjerit perlahan,
"Bakar! Bakar!"
Sekumpulan rukun tetangga tersebut terus mencari-cari suara tersebut. Kemudian mereka terdengar lagi suara tersebut.
"Bakar! Bakar!"
Suara itu semakin hampir dengan surau tempat mereka meronda sekarang. Pra sangka mula menebal. Salah seorang dari rukun tentangga tersebut membuat saranan untuk menyerbu terus jika mereka terdengar sekali arah suara tersebut.
Dalam hati masing-masing tersemat, surau kampung itu harus dipertahankan dari menjadi mangsa vandalisme seperti mana yang berlaku di beberapa gereja sebelum ini.
"Bakar! Bakar!" suara itu berbunyi lagi.
Salah seorang dari rukun tetangga itu ternampak kelibat seseorang tersebut dan terus menerkam ke arahnya. Kemudian diikuti dengan beberapa rakannya yang lain.
"Ooooo...ini kerja kau yer, dah habih kau bakar gereja, sekarang kau nak bakar surau pulak!" jerit salah seorang dari rukun tetangga tersebut.
Lelaki yang diterkam itu terpinga-pinga, lantas bersuara, "Eh apa ni, saya panggil Bakar, nak ajak dia ngeteh kat kedai kopi, buat apa saya bakar surau ni pulak..."
Des : Dari kiriman email. Bahaya sungguh perkataan BAKAR sekarang! Mujur ada yang masih mahu berkompromi seperti di S.IN.I
Kategori
Senyum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan anda:
Post a Comment